Ahli :-
Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (GU CENDAWAN)
Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (COOP KULAC)

Wednesday, March 27, 2013

KULATKELATE MASIH HIDUP...TAK MATI LAGI.

Selepas "menghilang" begitu lama, hari ini hati terdetik untuk menghidupkan semula blog ini kerana masih ada yang berminat untuk membaca blog ini dan ramai yang menelefon untuk bertanyakan maklumat lebih lanjut mengenai industri cendawan terutamanya di negeri Kelantan.

Suasana industri cendawan di Kelantan hari ini sudah berbeza berbanding dua tahun yang lepas. Hari ini semakin ramai golongan belia (bawah 40 tahun) yang berkelulusan diploma dan ijazah yang berminat untuk menyertai industri cendawan dan sudah ramai juga telah menjadi USAHAWAN CENDAWAN yang aktif di Kelantan. Usahawan-usahawan cendawan baru ini telah "napok pitih" dan saya yakin mereka ini tidak akan bertukar kerjaya (kecuali dipaksa & jadi pra-syarat perkahwinan.. heh heh heh). Mereka ini sedang dibimbing oleh orang-orang lama (yang sudah banyak berparut) apabila mereka menjadi ahli Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (Gu Cendawan) dan menjadi anggota Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (Coop Kulac).

Perlu diingatkan bahawa penanaman cendawan memerlukan pengetahuan dan kemahiran sepertimana bidang pertanian lain. Bila sebut pertanian bermakna ianya mempunyai risiko tinggi dan memerlukan perhatian yang serius terhadap langkah-langkah pencegahan penyakit. Bila sudah kena serangan penyakit jawabnya serabut lah fikiran sebab tak dok ubat atau air jampi yang dapat memulihkannya. Langkah yang perlu dibuat hanyalah untuk mengurangkan kerugian sahaja. Sudah banyak bilangan usahawan cendawan baru yang gulong tikar di pusingan pertama. Round One sudah K.O.!! Sebab?? Kena pergi kursus tanam cendawan baru tahu atau bila jupo ambo...ambo royatkanlah.

Tidak dinafikan bahawa selain ramai yang dah gugur tetapi ramai lagi yang sudah berjaya. Berjaya dalam erti kata boleh menjadi punca pendapatan bulanan yang mencukupi mengikut nafsu masing-masing. Setakat hari ini belum ada usahawan cendawan di Kelantan yang menjadi jutawan. Di Malaysia sudah ada beberapa usahawan cendawan bukan Bumiputra yang menjadi Jutawan Cendawan!!

Pada hari ini di Kelantan sudah ramai usahawan cendawan yang berjaya menghasilkan cendawan segar melebihi 30 kg sehari. Dengan harga ladang sekarang RM6.00 per kg (harga ditetapkan oleh Persatuan) bermakna 30 kg x RM6/kg = RM180.00 sehari x 30 hari = RM5,400.00....cukup menarik untuk menggalakkan graduan-graduan menjadi usahawan cendawan!!

Setakat ini dulu untuk coretan pertama tahun 2013. Gomo Kulat Gomo!    

Monday, January 18, 2010

PENING PALO WEH!

Salam semua Gu Cendawan. Tahun 2010 baru masuk 18 hari tetapi berita-berita cendawan dan soalan-soalan dari gu-gu kulat baru yang sampai ke telinga ambo telah buat ambo pening palo sikit...sikit jah, tak banyok! Di sini ambo nak royat beberapa perkara yang ambo harap semuga adalah mana-mana gu cendawan di tanah Malaya yang buleh "enlighten me" atau beri info yang boleh membantu ambo dan gu- gu cendawan yang membaca di blog ambo ini.

No. 1 - Benih Cendawan (specifically tiram kelabu-TK)
1.1 Bekalan benih tidak konsisten. Bermula nya tahun 2010, timbul masalah kekurangan bekalan benih TK sehingga ramai gu-gu ambo tak leh buat toko kulat (bongkah cendawan). ambo sendiri kemarin baru buleh buat toko kulat tapi benih tak sampai lagi. selama ini penanam cendawan di Kelate mendapat bekalan dari Jab Pertanian Kelantan dan pengedar2 yang mendapat bekalan dari beberapa pengeluar benih di pantai barat Malaya. Bekalan benih macam yo-yo atau biskut dot dot dot....sekejap ada, sekejap tak ada! Kalu ada mana-mana pengeluar benih TK yang berhajat nak kembangkan pasaran di Kelate, silalah lantik kenalan anda di Kelate jadi ejen anda. atau hubungi setiausaha atau mana-mana AJK Persatuan Gu Cendawan.

1.2 Bekalan yang tidak berkualiti. Banyak kali ambo sendiri dan gu-gu ambo yang "kejut berok" apabila "meramas" supik benih sebelum kerja-kerja suntik benih bermula...banyak kali berjumpa dengan benda-benda yang tak sepatutnya ada dalam supik benih...hok hija ado, hok hite ado...mace-mace ado! kalu sempat kelih sebelum suntik, mujor lah! banyak kali jugok dok dang kelih....selepas beberapa hari baru napok hok warna warni tu... Jadinyo, tolong lah royat ko ambo hok darak nih....di mana nak cari benih yang konsisten kualitinya????

No. 2. Bongkah Cendawan RM0.70 per bongkah.
Somebody please tell me what is going on here....tak nak komen apa-apa cuma tertanya-tanya. betul ke harga ni? kulat tubik comel serupo tuan dia ko? bakpo dia buleh jual dgn harga tu? bakpo ore lain jual sapa RM1.50? guano weh? (please kindly email your answers to me... (kulatkelate@gmail.com)

No. 3. Guna Bahan Organik Untuk Cegah Penyakit & Tambah Hasil.
Perkara ini masih baru untuk saya. banyak lagi yang perlu dibaca dan ditemuduga mereka2 yang telah menggunakannya sebelum saya berani ikut "mazhab" ini. ada rakan-rakan di Kelate yang berani dan telah mencuba tetapi ..... banyak cerita ngeri daripada cerita hepi! di sini saya menjemput mana-mana pembekal atau pengedar bahan-bahan organik ini untuk datang ke Kelantan untuk buat taklimat & demonstrasi. saya sanggup untuk panggil gu-gu cendawan kelantan untuk hadir. seeing is believing!

Thats all folks! Think mushroom...Do the organic way!

KulatKelate

Saturday, December 19, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Assalamualaikum semua Gu Cendawan. Azam tahun baru ialah buat posting dalam blog sekurang-kurangnya sekali sebulan.... :-)

Didoakan semoga tahun baru ini membawa rezeki yang bertambah-tambah dari punca-punca yang tidak disangka-sangka dan kebahgiaan kepada semua gu cendawan dan keluarga masing-masing.

Diharapkan tahun baru ini membawa peningkatan hasil cendawan dan pertambahan ilmu cendawan supaya dapat "memahami" cendawan dengan lebih baik....

Dijangkakan permintaan untuk bekalan cendawan akan berlipatganda dalam masa yang terdekat kerana tanda-tanda pertambahan permintaan sudah kelihatan dengan jelas....semua gu cendawan hendaklah SEGERA tambah "basa kulat" dan "toko kulat" supaya dapat menikmati rezeki ini... jika "permintaan" pasaran ini tidak dapat dipenuhi oleh puak-puak kita yang kecil-kecil ini...ambo tak terkejut kalu ada usahawan cendawan yang "besar" akan masuk gelanggang dan ambik peluang ini.

Mana-mana usahawan cendawan melayu di kelantan yang belum menjadi ahli Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (Gu Cendawan) dijemput masuk persatuan supaya kito buleh pakat kube kelate!!!

Selamat tahun baru & tane kulat sokmo-sokmo...

Abe Mi Kulatkelate

Recent Posts