Ahli :-
Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (GU CENDAWAN)
Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (COOP KULAC)

Wednesday, March 27, 2013

KULATKELATE MASIH HIDUP...TAK MATI LAGI.

Selepas "menghilang" begitu lama, hari ini hati terdetik untuk menghidupkan semula blog ini kerana masih ada yang berminat untuk membaca blog ini dan ramai yang menelefon untuk bertanyakan maklumat lebih lanjut mengenai industri cendawan terutamanya di negeri Kelantan.

Suasana industri cendawan di Kelantan hari ini sudah berbeza berbanding dua tahun yang lepas. Hari ini semakin ramai golongan belia (bawah 40 tahun) yang berkelulusan diploma dan ijazah yang berminat untuk menyertai industri cendawan dan sudah ramai juga telah menjadi USAHAWAN CENDAWAN yang aktif di Kelantan. Usahawan-usahawan cendawan baru ini telah "napok pitih" dan saya yakin mereka ini tidak akan bertukar kerjaya (kecuali dipaksa & jadi pra-syarat perkahwinan.. heh heh heh). Mereka ini sedang dibimbing oleh orang-orang lama (yang sudah banyak berparut) apabila mereka menjadi ahli Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (Gu Cendawan) dan menjadi anggota Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (Coop Kulac).

Perlu diingatkan bahawa penanaman cendawan memerlukan pengetahuan dan kemahiran sepertimana bidang pertanian lain. Bila sebut pertanian bermakna ianya mempunyai risiko tinggi dan memerlukan perhatian yang serius terhadap langkah-langkah pencegahan penyakit. Bila sudah kena serangan penyakit jawabnya serabut lah fikiran sebab tak dok ubat atau air jampi yang dapat memulihkannya. Langkah yang perlu dibuat hanyalah untuk mengurangkan kerugian sahaja. Sudah banyak bilangan usahawan cendawan baru yang gulong tikar di pusingan pertama. Round One sudah K.O.!! Sebab?? Kena pergi kursus tanam cendawan baru tahu atau bila jupo ambo...ambo royatkanlah.

Tidak dinafikan bahawa selain ramai yang dah gugur tetapi ramai lagi yang sudah berjaya. Berjaya dalam erti kata boleh menjadi punca pendapatan bulanan yang mencukupi mengikut nafsu masing-masing. Setakat hari ini belum ada usahawan cendawan di Kelantan yang menjadi jutawan. Di Malaysia sudah ada beberapa usahawan cendawan bukan Bumiputra yang menjadi Jutawan Cendawan!!

Pada hari ini di Kelantan sudah ramai usahawan cendawan yang berjaya menghasilkan cendawan segar melebihi 30 kg sehari. Dengan harga ladang sekarang RM6.00 per kg (harga ditetapkan oleh Persatuan) bermakna 30 kg x RM6/kg = RM180.00 sehari x 30 hari = RM5,400.00....cukup menarik untuk menggalakkan graduan-graduan menjadi usahawan cendawan!!

Setakat ini dulu untuk coretan pertama tahun 2013. Gomo Kulat Gomo!    

3 comments:

nuradzlin mustapha said...

Assalamualaikum wbt...

saya dan rakan saya berminat utk belajar mengenai penanaman cendawan. di manakah kami boleh mendapat maklumat(kursus etc) berkenaan cendawan di area kota bharu?

Anonymous said...

salam...dekat mana nk dpt mklumat lanjut??tlg bagi respon...

Unknown said...

Ada jual benih kulat talk?

Recent Posts